Homestay Tepi Pantai Terengganu: Pengalaman Unik di Katsetiu Villas

Setiu adalah daerah yang terletak di pesisir pantai timur Terengganu yang kini menjadi destinasi pilihan bagi pelancong yang mencari ketenangan dan keindahan semula jadi. 

Dengan pantai yang bersih, banyak kampung yang masih mengekalkan budaya tradisional, serta suasana yang tenang di tepi pantai. Setiu juga tekernal dengan homestay tepi pantai, chalet, villa lawa dan padu, serta resort tepi pantai yang memang sesuai untuk healing, jauh berbanding homestay kat Kuala Terengganu.

Antara homestay di Setiu yang paling best adalah Katsetiu Villas, terletak di tepi pantai berhampiran Pantai Penarik dan Pantai Bari. Inilah homestay yang terbaik untuk keluarga, serba lengkap, selesa dan mewah berbanding homestay villa atau chalet murah di Terengganu.

Menurut pemilik tempat ni, Katsetiu Villas merupakan penginapan homestay mewah tepi pantai (beachfront homestay villas) di daerah Setiu yang direka untuk mereka yang suka pemandangan laut, senang ke pulau Redang kerana lokasi homestay ni terletak berhampiran dengan jeti Merang.

Ramai pengunjung homestay di Terengganu terikat dengan keunikan design villa ni, memang padu kata kebanyakkan mereka yang datang dari Kuala Lumpur.

Dalam diam, Katsetiu villas sebenarnya adalah homestay yang pernah viral di Terengganu, terkenal dengan pelancong luar negara, dan sering dikujungi oleh artis-artis tempatan, orang-orang kenamaan dan VVIP. Resort kat Terengganu pun tak boleh lawan disebabkan suasana, vibe yang sangat healing dan privasi.

Nak cari tempat ni pun sangat low profile, hanya penduduk tempatan yang tau betapa indahnya homestay villa ni.

Homestay 5 bilik di Tepi Pantai Terengganu

Terletak tidak jauh dari Kuala Terengganu berhampiran Pantai Penarik dan Pantai Bari, Katsetiu Villas menawarkan satu pengalaman penginapan homestay 5 atau 6  bilik yang lebih eksklusif dan menenangkan untuk keluarga, pengemar kaki outdoor dan mereka yang suka aktiviti-aktiviti tepi laut.

Bukan senang nak cari penginapan homestay atau villa yang boleh muat keluarga besar, tapi Katsetiu Villas boleh muat kira-kira 16 orang, kalau nak penginapan untuk 20 orang (termasuk kanak-kanak) pun boleh bincang.

Perjalanan kami mengambil masa 40 minit dari Kuala Terengganu sebelum sampai ke destinasi homestay Katsetiu, yang terletak betul betul di hadapan pantai (hanya 50 meter dari pesisiran Pantai Chalok), atau Pantai Mangkok, bagi mereka yang tak tau.

Jalan nak Katsetiu Villas ni kena lalu jalan ke Bari Loft Villa, salah satu chalet yang popular di daerah Setiu ni.

Berdasarkan pengalaman kami, Katsetiu Villas merupakan homestay yang paling best di sekitar Setiu, Pantai Pemaisuri, Chalok dan dekat dengan jeti Merang (hanya 5 minit). Ini disebabkan lokasi yang begitu strategik dan hanya 5 minit dari Ikan Celup Tepung, dan restoran-restorang berhampiran Pantai Penarik. 

Berkonsepkan minimalist chic dan modern, villa homestay yang popular di Terengganu ini mempunyai 6 bilik tidur utama yang boleh menampung sekitar 16 orang. . Bagi mereka yang mencari homestay untuk 5 bilik di Terengganu, pengunjung boleh menyewa 3 hingga 4 jenis villa dalam harga yang berpatutan, RM 350 hingga RM 2,000 semalam untuk setiap villa.

Dengan harga yang murah dan berpatutan sekitar RM 150 semalam bagi setiap seorang, pelancong dapat menikmati penginapan di homestay villa di pantai Terengganu yang menghadap laut (beach view), memberikan pemandangan matahari terbit yang indah setiap pagi.

Villa-villa ini direka dengan sentuhan moden tetapi masih mengekalkan elemen tradisional, memberikan suasana yang selesa dan damai bagi para tetamu.

“Saya berkesempatan menginap di salah satu villa di Katsetiu dan sebaik sahaja tiba, saya terus terpesona dengan keindahan pantai yang tenang, jauh daripada kawasan pelancongan yang padat.” Kata Faezal dari Kuala Lumpur.

“Katsetiu ni memang tempat paling best kalau nak healing” kata Dr. Zamir Hillman, anak jati Kuala Terengganu. Beliau selalu ke Setiu untuk menginap di Katsetiu Villas.

“Katsetiu antara homestay di Setiu yang paling best bagi saya sebab pantai di sini masih tidak tercemar berbanding Pantai Penarik dan suasananya di Pantai Bari Jalan Tanjung Bunga ni agak sepi. Saya yakin Katsetiu Villas ni homestay tepi pantai yang terbaik berbanding Bayu Beach Resort atau Penarik Inn homestay, lebih lebih lagi bagi mereka yang suka privasi”

Pengalaman di Katsetiu Villas

Penginapan di Katsetiu Villas tidak hanya menawarkan keselesaan, tetapi juga peluang untuk menikmati keindahan pantai Setiu, atau lebih dikenali sebagai Pantai Chalok, atau Pantai Bari.

Vibe villa ni memang padu, ala ala hotel bertaraf 5 bintang. Harga pun berpatutan – tak lah mahal sangat, dan tak lah murah sangat.

Setiap villa dilengkapi dengan balkoni yang menghadap terus ke pantai, membolehkan tetamu menikmati angin laut yang segar dan pemandangan laut biru tanpa gangguan. 

Waktu siang hari sampai lah ke malam, suasana sekitar villa ni memang sunyi. Bagi mereka yang suka suasana healing, senyap dan bunyi ombak macam kat Pulau Redang, inilah tempat penginapan homestay villa yang padu di Terengganu.

Yang paling menarik adalah pemandangan pulau Redang dan Pulau Perhentian dari dalam villa. Hampir keseluruhan villa ni dipenuhi tingkap cermin dan sliding door yang sangat besar. Memang puas dapat pemandangan laut dari bilik tidur hingga ke ruang tamu, tak rasa sempit langsung.

Disebabkan lokasi yang begitu hampir dengan jeti Merang, Katsetiu Villas ni berada di tangga yang paling atas (atau yang paling best) berbanding hotel, resort atau homestay villa yang lain kerana keunikan dan vibe yang memang santai / healing.

Tidak seperti pantai-pantai yang lebih popular, pantai di hadapan Katsetiu Villas lebih privasi, sesuai untuk berjalan-jalan santai atau bersantai di bawah matahari tanpa perlu risau manusia manusia lain. Binatang turut tidak kelihatan, yang ada hanya tiupan bayu dan ombak dari laut China Selatan. Bot bot kecil jugak tidak kelihatan dan bagi mereka yang suka memancing tepi pantai, Pantai Chalok ni lah yang terbaik sebab selalu dapat ikan.

Pengurus Katsetiu Villas juga sangat mesra dan sentiasa bersedia untuk memberikan tips mengenai aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan di sekitar Setiu, termasuk pakej snorkeling atau scuba diving di pulau Redang dan pulau-pulau lain di Terengganu.

Ini salah satu homestay yang dilengkapi dengan kakitangan, kafe, mesin basuh, dapur, outdoor shower, dan macam macam lagi. Nak suruh masak BBQ dinner tepi laut pun boleh.

Dari lawatan ke Setiu Wetlands, pusat pemeliharaan penyu di Pantai Chalok, hingga aktiviti sukan air seperti berkayak, pelancong pasti tidak akan kehabisan pilihan. Bagi yang hanya ingin berehat, kawasan homestay ini juga sesuai untuk sekadar bersantai dan menikmati ketenangan pantai Terengganu.

Kami sempat ke Bukit Keluang, sekitar 60km dari Setiu untuk hiking selama 2 jam sebelum pulang ke Kuala Terengganu. Kalau anda gemar aktiviti star gazing pada malam hari, Pantai Chalok di hadapan Katsetiu ni memang lokasi terbaik di Terengganu.

Kelebihan Berbanding Homestay di Pantai Penarik

Walaupun Pantai Penarik terkenal sebagai destinasi pelancongan popular di Terengganu, ramai yang kini memilih untuk menginap di Katsetiu Villas kerana suasananya yang lebih damai dan privasi.

Pantai di hadapan Katsetiu Villas tidak dipenuhi pelancong seperti di Pantai Penarik, menjadikannya pilihan terbaik untuk mereka yang mencari ketenangan. Harga yang ditawarkan juga amat berpatutan, terutamanya jika dibandingkan dengan penginapan di kawasan-kawasan yang lebih komersial.

Terdapat juga homestay homestay murah 5 bilik lain di Pantai Bari, tetapi kebanyakkan pelancong suka menginap di homestay beach villa di kawasan Pantai Chalok yang lebih tenang, selesa dan tidak ramai pengunjung.

Ramai pelancong luar negara dan artis Malaysia yang menginap di Katsetiu Villas walaupun ramai tidak tahu. Mereka memuji kebersihan pantai Terengganu, lebih lebih lagi Pantai Chalok and Pantai Bari. Tidak lupa juga suasana homestay yang tenang sentiasa menjadi tarikan utama bagi mereka.

Salah satu ulasan daripada tetamu berbunyi, “Katsetiu Villas memberikan pengalaman pantai yang sungguh menenangkan. Pantainya bersih dan tiada ramai orang, menjadikan ia tempat yang sempurna untuk bersantai sambil menikmati pemandangan laut.”

Aktiviti di Setiu

Selain daripada penginapan yang selesa, tetamu di Katsetiu Villas juga boleh menikmati makanan tradisional Terengganu yang lazat. Antara hidangan yang boleh dicuba termasuklah nasi dagang, ikan singgang, dan keropok lekor yang terkenal.

Yang suka Ikan Celup Tepung (ICT), terdapat banyak restorang disekitar Setiu atau Pantai Penarik, hanya 8 minit dari Katsetiu Villas.

Di sekitar Setiu, pelancong boleh melawat Setiu Wetlands, salah satu ekosistem paya bakau terbesar di Malaysia. Dengan menaiki bot, pelancong dapat melihat pelbagai flora dan fauna yang unik di kawasan ini sambil mendengar penerangan tentang usaha pemeliharaan alam sekitar yang dilakukan oleh penduduk tempatan.

Lawatan ke pusat pemeliharaan penyu WWF yang terletak di Katsetiu Villa juga adalah satu tarikan pelancong di Terengganu. Pelancong boleh melihat penyu bertelur dan membantu melepaskan anak penyu ke laut dari masa ke semasa.

Hari Terakhir: Kenangan Indah di Setiu

Seperti kebanyakan pelancong luar yang sering berkunjung ke Terengganu, penginapan homestay tepi laut seperti Katsetiu Villas adalah destinasi homestay tepi pantai yang begitu popular dikalangan golongan professional, pensyarah dan kakitangan awam.

“Pada hari terakhir saya di Setiu, saya meluangkan masa untuk bersiar-siar di sepanjang pantai Bari sambil menikmati keindahan alam yang sukar digambarkan dengan kata-kata. Keadaan pantai yang masih tidak tercemar serta keramahan penduduk tempatan membuatkan saya terasa seperti berada di sebuah syurga tersembunyi.” kata Emmet Roslan, dari Kuala Lumpur.

Beliau berkata “Pengalaman di Katsetiu Villas ni benar-benar meninggalkan kesan mendalam dalam hati saya. Bukan sahaja kerana keindahan pantai dan alam semulajadi, tetapi juga kerana peluang untuk mendalami budaya dan kehidupan masyarakat tempatan yang masih mengekalkan tradisi mereka dengan bangga.”

Rakyat Terengganu bangga kerana Setiu merupakan destinasi tepi laut yang utama bagi sesiapa yang ingin melarikan diri dari hiruk-pikuk kehidupan kota dan menikmati ketenangan serta keaslian kehidupan kampung.

Jika anda sedang mencari destinasi percutian dan homestay di tepi pantai sekitar Setiu, Katsetiu Villas merupakan pilihan yang tepat. Tidak kira sama ada anda seorang pencinta alam, penggemar ekopelancongan, atau sekadar ingin bersantai di pantai yang indah, Setiu mempunyai sesuatu untuk anda semua.