Terengganu memang terkenal sebagai destinasi percutian yang wajib dikunjungi bersama keluarga mahupun rakan-rakan. Selain mempunyai pelbagai tarikan makanan, tempat bersejarah, hidden gems seperti air terjun,trail mendaki, pantai dan pulau yang sangat cantik, ia juga menawarkan banyak pilihan penginapan menaarik.
Kalau nak melancong seisi keluarga atau beramai-ramai, pilihan terbaik semestinya homestay yang family-friendly dan mampu menampung bilangan penghuni yang ramai dengan harga yang berpatutan.
Katsetiu Villas – Homestay Mewah di Pantai Chalok
Antara homestay yang paling berbaloi dan selesa seperti di rumah sendiri adalah Katsetiu Villas yang terletak di Pantai Chalok. Lebih menarik, homestay ini bukan sahaja menawarkan penginapan di tepi laut yang tenang, tetapi turut menawarkan pakej snorkeling ke Pulau Redang. Memang satu pakej lengkap untuk percutian keluarga atau gathering Bersama kawan-kawan! Seronok!
Apa yang uniknya di sini, anda berpeluang untuk menikmati sunrise yang sangat cantik setiap pagi. Anda pasti terbuai dengan keindahan di depan mata. Bestnya!
Reka bentuk binaan vila ini juga pasti akan memukau sesiapa sahaja yang melihatnya. Diilhamkan daripada seni bina moden, vila yang menghadap Laut Cina Selatan dan terletak bertentangan dengan Pulau Redang, antara alternatif untuk menghilangkan stress kehidupan kota.
Terdapat empat unit di keseluruhan kawasan vila iaitu Main Villa yang mempunyai 3 bilik, serta Side Villa A, Side Villa B dan Rear Villa yang mana masing-masing mempunyai 1 bilik tidur setiap satu. Setiap unit dilengkapi dengan bilik air sendiri, jadi tak perlu risau tentang keselesaan! Keseluruhan vila ini boleh memuatkan antara 20 hingga 27 orang pada satu masa!
27 Orang Tak Terlalu Sempit Ke?
Jangan risau! Ruang dalam vila memang luas dan selesa! Harga penginapan Katsetiu Villas ni bermula serendah RM150 seorang per night, dan yang bestnya harga ni dah termasuk breakfast dan extra bed/matress tanpa sebarang cas tambahan, jadi memang puas hatilah kalau datang ramai-ramai. Berbaloi kan?
Selain ruang bilik yang luas, vila ni juga menyediakan kemudahan moden untuk kelesesaan anda! Daripada segi fasiliti dan kemudahan pula serba-serbi lengkap dengan peralatan dapur moden untuk anda memasak dengan selesa seakan-akan berada di rumah sendiri
Kemudahan Wifi juga boleh diakses disini secara percuma. Memang mantap!
Ada juga gazebo di luar vila, sesuai untuk anda lepak bersantai seisi famili. Ditambah landskap menghijau dan panorama tepi pantai pasti akan membuatkan anda terbuai dengan keindahan di depan mata.
Aktiviti BBQ antara yang menarik boleh dibuat di sini. Anda boleh menyewa kemudahan BBQ dan cuma perlu bawa bahan perapan saja. Bestnya!
Alang-alang bercuti dan berkumpul beramai-ramai biarlah yang bukan biasa-biasa.
Tempah awal sebelum terlambat!
Ramai guest berpuas hati dengan pengalaman menginap di Katsetiu Villas. Dengan pelbagai kemudahan dan vila yang selesa, Katsetiu Villas mampu menjadi pilihan sempurna untuk percutian anda, menjadikan setiap penginapan berbaloi.
Musim cuti memang cepat penuh, jadi kalau nak secure vila kena tempah awal supaya tak terlepas peluang!