Bagi yang nak merasa pengalaman snorkeling kat Pulau Redang tapi takut poket koyak, atau masih mencari harga paling murah kat Terengganu, tak perlu risau.
Lepas min cerita sikit pengalaman harga pakej day trip snorkeling ni, memang korang boleh tidur dengan lena.
Semenjak dua menjak, aktiviti snorkeling kat pulau-pulau Terengganu ni dah makin menjadi-jadi. Bot pergi balik ke pulau Redang asyik penuh dengan penumpang yang nak bermandi-manda dengan penyu-penyu, makin menggila abang-abang bot bekerja dari jam 8:00 pagi hinggalah ke jam 5:00 petang.
Kalau korang tengah cari aktiviti snorkeling di pulau Redang yang murah, best, mantap tapi kualiti perkhidmatan yang terbaik, Katsetiu Villas ada menawarkan pakej day trip snorkeling serendah RM99 untuk dewasa dan RM80 untuk kanak-kanak, termasuk snorkeling ke 6 hingga 9 point (atau snorkeling spot) yang menarik di pulau redang.
Ye, pakej snorkeling terendah RM 99 setiap seorang untuk snorkeling ke 9 tempat di pulau Redang dan memang terbaik.
Dengan pakej snorkel gegar vaganza, kami pastikan kepuasan maksima untuk semua.
Harga Snorkeling Murah Tapi Macam Scam Umrah
Yang pasti, duniawi ni pasti ada scammer yang mengambil peluang untuk menawarkan pakej percutian snorkeling murah, sama seperti scammer jutawan pakej umrah.
Kalau ada pakej snorkeling yang terpaling murah di Terengganu yang menawarkan diskaun hingga jadi RM 50 seorang untuk 10 diving spots ke Pulau Redang, min cadangkan lupakan sahaja niat anda.
Tapi di dunia ni yang fana, harga murah tak semestinya scam tapi adakala datang dengan syarat-syarat tersendiri, atau tanpa perlu berkata-kata.
Maklumlah, ada yang nak cari rezeki, tapi malu nak berkata.
Tapi kali ni ada satu syarat je yang dikenakan kalau nak dapatkan pakej percutian snorkeling Pulau Redang murah untuk anak-anak (RM 80 seorang) yang anak-bini anda idamkan selama ni.
Syarat nya ialah, kena duduk kat Katsetiu Villas paling kurang satu malam.
Lagipun lokasi Katsetiu Villas memang padu, homestay tepi pantai hanya 10 minit je dari jeti Merang. Paling lumayan, berbaloi dan harga mampu milik keluarga Madani.
Mudah je kan syaratnya.
Ye, hanya satu malam.
Dan nikmati cuti-cuti santai di tepi pantai, termasuklah pengalaman snorkeling di Pulau Redang.
Nah, bagi tengok sikit gamba Katsetiu Villas ni. Memang tepi laut menghadap Pulau Redang..
Pasang niat dulu kata orang Melayu.
Ye, ini pakej percutian tepi laut snorkeling yang paling rare.
Tak perlu nak tidur sempit-sempit kat chalet Pulau Redang.
Tak perlu bayar makan-minum yang mahal kat Pulau Redang.
Tak perlu nak bawak anak bini, mak mertua, bapak mertua naik bot sampai mabuk laut semata-mata anda sorang je nak bermandi manda di Pulau Redang tuh.
So, bagi mereka yang kaki laut, gatal nak snorkeling, menyelam ala-ala kadar dan bermanja dengan penyu-penyu betina (dan jantan) di Pulau Redang, maka pakej snorkeling daytrip ni adalah yang terbaik.
Pakej Snorkeling Day Trip Secara Berjemaah (Boat-Sharing) di Katsetiu ni Ada Kelebihan Tersendiri
So apa kelebihan kalau ambil pakej snorkeling yang terpaling murah dan terpaling padu di Katsetiu ni?
Berdasarkan pengalaman keluarga Madani, keluarga 1Malaysia dan sahabat-handai serta kenalan dari zaman sekolah kolej Melayu, pakej snorkeling day trip (balik hari) ke Pulau Redang bersama Katsetiu Villas ni memang ada tarikan yang tersendiri.
Ye, ramai tak tahu (atau mungkin tak diberitahu). Disebalik harga murah dan mampu milik, inilah rahsia kelebihan pakej snorkeling yang terbaik di Terengganu ni.
Pertama,
Katsetiu Villa adalah tempat penginapan homestay yang santai kat tepi pantai, tapi yang paling penting ialah keselesan anak bini, ibu, mak mertua, bapak mertua apabila mereka ditinggalkan (untuk seketika waktu) bila anda seronok (dan hilang akal) snorkeling bersama-sama penyu-penyu di Pulau Redang.
Dari segi keselesaan tempat tinggal untuk keluarga anda dengan ruang tamu yang luas serta pandangan laut China Selatan, inilah pakej snorkeling Pulau Redang yang terbaik untuk satu keluarga, atau “win-win” kata omputih.
Ye, utamakan mereka yang ingikan keselesaan apabila anda sibuk nak snorkel.
Yang penting – anda hanya perlu keluar wang saku untuk keselesan tempat tinggal di Katsetiu Villas untuk dapatkan harga pakej snorkeling Pulau Redang yang serba istimewa, murah, dan mampu milik.
Usah takut. Isteri serta ibu mertua yang tersayang pasti terhibur di Katsetiu Villas dengan dapur modern tip-top, perkakas pinggan mangkuk yang baru, microwave dan pembantu (macam pegawai khas Menteri) ada disediakan untuk membantu mereka yang inginkan bantuan, atau pertolongan secara percuma atau saje tak reti nak buat kerja seorang diri.
Kedua,
Korang boleh park kereta G-Wagon, Lembughini, Porsche, Mercedes AMG, Honda Type R, BYD, BMW 3 series yang kau baru beli, atau kereta rare terpaling klasik seperti Jaguar XJ8 kepunyaan bapak saudara kau (seperti contoh dibawah) dengan selamat semasa kau sibuk ke Laut China Selatan untuk meneruskan aktiviti snorkeling secara berjemaah bersama penyu-penyu bidadari yang lain.
Tak lupa juga, selepas habis aktiviti snorkeling kau boleh bawak kenderaan kesayangan bersama-sama anak bini dan ibu mertua untuk menjamu selera di kedai-kedai chelup tepung, atau santai BBQ tepi pantai sambil menikmati pemandangan dan bayu laut.
Malam Pria-Mambo BBQ dinner tepi laut boleh disediakan oleh pembantu Katsetiu yang sentiasa bersama anda. Insyallah, kita cuba cari ketam batu, atau oyster yang mungkin ada mengikut musim dan rezeki.
Ketiga,
Katsetiu villa ni berhadapan dengan pantai dimana tempat penyu selalu bertelur (mengikut musim dan cuaca). Dan tempat ini dikendalikan secara profesional oleh pihak WWF dan Jabatan Haiwan.
Ye, depan rumah je.
Kalau ada rezeki, dan musim, sila rajin bangkit untuk rondaan di persisiran pantai selepas waktu tengah malam hinggalah waktu Subuh.
Insyallah boleh nampak penyu naik ke darat (dan bukan makhluk lain).
Pakej dan itinerary
Pakej snorkeling RM 99 untuk setiap seorang tak termasuk kos penginapan kat villa. Kalau tambah RM 150 seorang, dapat tido dengan selesa (siap dapat free breakfast!) dgn full day snorkeling trip, temasuk makan tengahari (lunch) percuma!
Tak payah pening2 nak kena sewa peralatan snorkeling sebab dah termasuk sekali dalam pakej.
Apa yang tak termasuk dalam pakej snorkeling ni weh?
Ada yang nak kena scam lagi ke?
Cuma tiket Taman Laut/Marine Park je.
Ko bayar direct je. Kami tak ambik untung pun.
Ni harga nye. Kau tidak percaya, Datuk Seri/tuan/puan sila Google atau gunakan perkhidmatan ChatGPT yang percuma.
Untuk warganegara, harga tiket Taman Laut (Marine Park) di Pulau Redang adalah RM5 setiap dewasa dan RM2 untuk setipa kanak-kanak, manakala untuk bukan warganegara pula RM30 (dewasa) dan RM15 (kanak-kanak).
Yang ni kena bayar kat kaunter Taman Laut/Marine Park bila nak naik bot jety nanti. So jangan lupa sediakan wang secukupnya.
Tip dan Pengalaman snorkeling di Pulau Redang
Tip yang paling utama sebelum kepada newbie, anak-anak kecil dan nakal, dan mereka yang akan pergi snorkeling ke Pulau Redang buat pertama kali.
Kalau korang sayang kat hidupan laut dekat Taman laut ni, kurangkanlah pakai sunblock cream kerana ianya sedikit sebanyak boleh mengancam mereka semua.
Itulah tip kami yang pertama.
Sebab kalau ada 1,000 orang pakai sunbock, terjun laut ramai-ramai, maka Jemaah snorkelling yang disapu krim sunblock SPF50 mungkin mengakibatkan kecederaan atau kematian ikan-ikan disekeliling pulau.
Tip yang kedua – datang awal ke jeti untuk tidak menyusahkan orang lain.
Jarak antara Katsetiu Villas dengan Jeti Merang lebih kurang dalam 10-15 minit kalau korang drive, tak jauh pun.
Disebabkan janji Melayu yang sentiasa diperkotakatikkan oleh beberapa pihak, maka dinasihatkan influencer, celebriti, ustaz PU, anak-bini, Datuk Seri dan Tan Sri untuk ke jeti sebelum waktu berlepas, iaitu 15 minit sebelum 8am (contohnya).
Boat selalunya akan bertolak dari Jeti Merang ke Pulau Redang antara pukul 8:00 pagi, 9:30 pagi, dan 10:30 pagi.
Make sure korang ada kat tempat bertolak sekurang-kurangnya 15 minit sebelum masa bertolak sebab bot memang gerak awal, dan mereka jarang tunggu Datuk Seri, atau Tan Sri kerana sebagai keluarga Madani, Bestari dan Satu Malaysia, abang-abang bot ni amat professional seperti abang-abang boat di negara maju di Australia, Jepun, Eropah dan Amerika.
Ye, tepat pada masa, mereka berlepas dari jeti Merang seperti “clock-work”. Memang on-time macam keretapi Jepung.
Sekali lagi saya ulaammm (ulang).
Sapa lambat memang kena tinggal.
Pengalaman? Memang Padu!
Perjalanan dari Jeti Merang ke Pulau Redang ambik masa dalam lebih kurang 45 minit hingga ke 1 jam. So tak lama, dan ini pun dah guna bot paling laju.
Masa perjalanan bergantung kepada keadaan laut. Kalau korang sejenis cepat mabuk laut, jalan lupa makan ubat tahan mabuk dulu sebelum gerak, kalau tak hauk nanti!
Untuk yang first time snorkeling, jangan risau, peralatan snorkeling dengan life jacket disediakan. Boatman akan guide untuk make sure korang dapat enjoy!
Sepanjang trip snorkeling ni, korang akan dibawa ke beberapa spot menarik kat Pulau Redang.
Antaranya Pasir Busing (dikenali sebagai Maldives), Turtle Point / Teluk Dalam, Pantai Teluk Dalam, Gua Kokang (kalau laut tenang). Pulau 5, Pulau Ekor Tebu, Pulau Kerengga. Pasir Akar, Pusat Taman Laut (korang kena bayar caj masuk kat kaunter Marine Park).
Tiap kali sampai kat checkpoint, rasa nak terjun tu membuak-buak! Bayangkan korang terjun dalam air laut yang jernih, nampak terumbu karang warna-warni, ikan Nemo lalu depan muka – Korang ingat tengok ikan nemo dalam akuarium sama dengan tengok depan mata? Lain beb! Ikan2 tu selamba berenang tepi muka kau. Betul2 rasa mcm berenang dalam aquarium.
Siap dapat berenang dengan penyu weh!
Kalau pergi Redang tapi tak singgah Marine Park ni kira tak lengkap la. Dengan pakej snorkeling RM 99 seorang ni, korang akan dibawa ke Marine Park Pulau Redang, satu spot yang paling menarik disebabkan banyak ikan-ikan warna-warni yang masih hidup serta penyu-penyu betina yang manja.
Yes, kami pastikan pakej snorkeling Pulau Redang ni termasuk Marine Park.
Sekali lagi, diingatkan untuk pastikan jangan jadi mangsa scam kalau pilih pakej snorkeling yang murah semacam je!
Untuk tengahari, boat akan berhenti kt Marine Park untuk makan tengahari.
Kat sini korang boleh sambung snorkeling atau melawat musium kecil (make sure jangan masuk dalam keadaan basah!)
Korang boleh belajar mcm mana diorang melindungi dan memulihara hidupan marin akuatik. Faham dan hadamkan sebelum balik.
Kat sini jugak ada pusat menternak penyu, so kalau bernasib baik mmg korang nampaklah penyu berenang masa snorkeling nanti, boleh chill sekali 🐢.
Tapi pastikan korang elak dari pegang penyu2.
Jangan hilang akal seperti pelancong dari negara China, Myanmar, Arab Saudi atau India.
Sila tunjuk contoh yang terbaik dan pelihara penyu-penyu kita!
Balik dari pulau dalam pukul 3 atau 4 petang (bergantung kepada keadaan cuaca dan laut).
Senang cerita, memang puas main air kat sini. Pulau Redang memang superb kalau kita explore dgn cara yg tepat.
Jangan tunggu lama, takut slot full!
Jadi, kalau korang nak pengalaman snorkeling yang best kat Pulau Redang tanpa perlu koyak poket, kena stay dekat Katsetiu Villas sebab ni pakej eksklusif untuk tetamu villa je!
Lepas snorkeling balik villa pastu boleh terus chill dekat pantai depan villa, BBQ malam-malam, memang syok!
So min sarankan jangan tunggu lama-lama.
Bot ke Pulau Redang, makin hari, makin full.
Kita kasi on.
Inikalilah!