Mula-mula orang cakap pasal homestay murah ni, aku kurang percaya sikit dengan kualiti penginapan homestay villa yang disediakan kat Terengganu ni, terutama sekali dari segi suasana tempat tidur, kebersihan dan macam-macam lagi.
Banyak homestay, chalet atau hotel tak benarkan famili besar, takut kerosakan harta benda, kebersihan dan macam-macam perangai lain.
Tapi, mari kita selidik dulu homestay-homestay kat Terengganu ni, tengok jenis apa yang best dengan harga yang berpatutan.
Nak homestay cantik, murah tapi macam kena scam.
Korang mesti nak homestay yang selesa, cantik, mewah dengan harga mampu bilik kan? Tambah lagi kalau dapat homestay tepi pantai laut kat Terengganu ni memang best.
Tapi, kalau ikut pengalaman aku, banyak homestay ni nampak okay, bila dah sampai, aduh. Menyesal tak sudah sudah.
Kalau nak marah pun tak guna. Drive jauh dari KL, sampai kat destinasi pun dah penat. Hari pun dah gelap. So maka, ambil kunci dan tido.
Itulah pengalaman kami dan banyak lagi mereka yang suka tinggal kat homestay (atau rumah penginapan, chalet, rest house) atau villa villa kat Terengganu ni. Dah banyak dah kami sewa, dari homestay Batu Buruk, homestay Pantai Bari, Pantai Chalok, macam macam jenis homestay murah.
Kalau nak murah, harga homestay, rumah sewa atau chalet kat Terengganu ni dalam purata RM 80 hingga RM 100 satu malam, ada yang pakej selesa sikit tapi harga dalam RM 100 – RM 150 seorang. Tapi tak semestinya cantik, atau selesa. Kata orang Janji ada katil dan kipas untuk tido/
Ada yang sewa homestay bilik je, memang simple, harga diskaun RM 50 satu malam pun ada.
Bagi yang nak selesa sikit, homestay murah dengan harga yang berpatutan kat Terengganu ni bermula dengan RM 69 satu malam, walaupun ada yang nak homestay jenis sewa-bilik sebumbung dengan tuan rumah pun ada.
Bagi aku tak perlu malu, iku kemampuan masing-masing. Harga murah homestay mampu milik ni bersepah kat Terengganu, area Marang, Kerteh, Setiu dan Kuala Terengganu – khusus bagi mereka yang memerlukan bumbung, atap , katil besi dan kipas untuk tidur dengan selesa.
Homestay selesa. Tepi Pantai Terengganu. Family 20-30 orang. Harga Murah
Setiap orang ada rezeki masing-masing. Kalau mampu bayar lebih, ada homestay villa tepi laut kat Terengganu yang aku jumpa (daerah Setiu) dalam harga RM 140 satu malam, dan harga ni memang kira satu kepala (seorang).
Homestay yg paling best dan terbaik di Terengganu terletak berhadapan pantai Kg. Mangkuk-Penarik, Setiu, Terengganu; pantai yang indah, senyap, cantik sesuai untuk mandi manda & aktiviti hari keluarga.
Ni ciri-ciri penginapan homestay yang selalu dalam kategori “terbaik” di Terengganu
- Keluar pagar terus ke pantai
- BBQ area
Destinasi-destinasi utama dan anggaran jarak serta masa perjalanan tuh jugak penting kalau nak menginap di homestay-homestay ni:
- Jeti Pelancongan Kg. Mangkuk – Day Trip Pulau Redang: 3 minit (750m)
- Celup Tepung Pantai Penarik: 5 minit (4km)
- Setiu Wetland Boardwalk: 20 minit (21km)
- Jeti Merang (Pulau Redang): 20 minit (22km)
- Jeti Kuala Besut (Pulau Perhentian): 50 minit (53km)
- Stadium Gong Badak: 50 minit (50km)
- Lapangan Terbang Sultan Mahmud: 55 minit (52km)
- Jambatan Angkat Kuala Terengganu: 57 minit (57km)
- Pasar Payang: 60 minit (59km)
- Setiu Adventure Park, Lata Ulu Kasar, Gunung Sarut, Lata Payung : 50 minit (50km)
- Tasik Kenyir: 90 minit (90km)
Kelengkapan standard yang ada kat homestay di Terengganu ni:
- Kolam renang
- Android tv + Netflix
- WiFi percuma
- Air-cond di semua bilik tidur dan ruang tamu
- Seterika & iron board
- Peti sejuk
- Cerek, air mineral dan kopi 3in1
- Water heater, sabun mandi & syampu
- Dapur & kelengkapan memasak
- Meja makan
Tapi yang paling padu is ini homestay villa tahap lima Bintang, memang tepi laut (mengadap pulau Redang), dan hanya 10 minit dar jeti Merang. Boleh book kesemua 4 villa dan disediakan khusus untuk keluarga besar yang ramai anak, 16 hingga 30 orang.
Homestay murah RM 150 satu malam? Biar betul
Kalau kau bahagi harga keseluruhan villa ni dengan 27 orang satu famili, dapatlah harga dalam RM 140 hingga RM 150 satu malam untuk setiap sorang. Kalau kau kumpul duit setiap sorang ahli keluarga, homestay villa mewah tepi pantai ni terus jadi mampu-milik kepada mereka yang ada keluarga atau family besar lebih dari 20 orang.
Aku ada hubungi Katsetiu Villa ni menerusi Whatsapp untuk pertanyaan lanjut.
Kalau ada 27 orang memang paling maksima la (termasuk kanak-kanak). Villa utama dia je boleh tido 14 orang, yang selebih 13 orang boleh tido di setiap side villa dan rear villa.
Takde caj katil Extra. Memang Berbaloi
Paling best kalau kau jenis ada keluarga yang ramai, sebab memang untung dan jimat. Dan yang paling penting katil extra takde caj. Janji family kau jenis yang tak kesah sangat, atau tak jenis suka komplen lebih-lebih.
Homestay villa tepi pantai kat Setiu Terengganu ni memang penuh waktu Raya, so atau cuti sekolah, so memang kena book awal. Yang penting pantai dia memang paling best dan senyap waktu Raya atau cuti sekolah.
So, bila aku kira-kira balik, kalau satu famili nak balik beraya atau pergi bercuti kat Terengganu, atau nak gi cuti kat pulau Redang, strategi homestay yang paling kos efektif untuk keluarga ialah kau sewa satu villa besar, nego dapatkan diskaun harga termurah dan sumbat anak saudara, mak bapak, pakcik makcik dan anak bini sekali.
Untuk dapatkan homestay mampu milik bagi keluarga lebih dari 20 orang di kawasan tepi pantai Terengganu, aku dah sediakan contoh formula pengiraan untuk harga terbaik bagi setiap sorang. Harganya memang berbaloi murah berbanding nak cari homestay atau hotel yang mampu sumbat 20 atau 30 orang.
Yang paling padu, setiap villa ada dapur yang serba lengkap dengan fridge, toaster, microwave, pinggan dan mangkuk, air dan sebagainya. Memang dapur terbaik kalau ko jenis family nak masak ke, atau nak hiding-hidang barang yang beli kat luar.
Book satu villa, dapat guna kafe secara percuma. Satu famili dapat masak lauk-pauk serba-serbi dengan selesa
Ni yang satu paling best bila menyewa homestay yang boleh sumbat 20 orang satu famili ni. Bagi mereka yang suka masak dalam dapur yang selesa dan serba lengkap, mereka yang berminat boleh book semua villa (group book) yang sedia ada, dan yang paling penting, ada kafe tersendiri yang boleh “pinjam” untuk nak buat makan2 yang heavy duty atau lasak sikit – macam nak buat rendang kari ayam, sambal sotong panjat dinding, ayam goreng rendam minyak satu baldi, nasi ayam satu kawah besar atau resepi-resepi tradisi yang memerlukan ruang dapur yang agak besar.
Ini gambar café yang tersedia ada Katsetiu Villas. Memang sesusai untuk family besar untuk aktiviti masak, atau BBQ.
Dapur dan Meja Makan Besar Untuk Keluarga Pun Ada
Kat sini, homestay ni memang boleh buat aktiviti masak untuk keluarga besar sebab meja dan dapur dia punyalah besar, muat nak buat kenduri-kendara kecil-kecilan, memang syok bagi famili 20-30 orang.
Terus terang cakap, dapur main villa ni memang luas daripada rumah teres dan selesa nak masak. Kalau nak merasa percutian kat banglo tepi laut Terengganu, Katsetiu villas pilihan terbaik buat masa ni, antara yang top berbanding homestay tepi laut yang lain.
Jangan lupa, setiap studio villa pun ada dapurnya sendiri, so korang pandai-pandai lah bagi tugas memasak ni. Lagi-lagi kalau nak booking 4 villa terus untuk familiy 25-30 orang, pasti happy semua orang.
Jangan tunggu. Jangan lambat. Pasti Selamat
Kalau akhirnya tiada rezeki nak menginap kat homestay, maka terpaksalah kamu tidur dalam kereta kat tepi pantai Terengganu. Ini memang percuma, cuma tidak digalakkan kerana takut terdapat penyu penyu yang datang bertelur sewaktu anda tido bermandikan cahaya bulan dan Bintang.