Kalau nak berehat dan cuti kat tepi pantai kat Terengganu atau ke Pulau Redang, kebanyakkan pelancong cuma mahu bangun pagi, buka langsir dan nampak laut. Tak perlu berebut kerusi pantai, tak perlu berkejar ke tempat viral.
Percutian staycation tepi laut dan healing paling best kat Terengganu selalu didengari dengan kata kata seperti:
Duduk mengadap laut sepanjang hari, pantai yang best takde bunyi kereta dan motor, takde orang kampung sibuk lalu lalang kat pantai Terengganu, layan angin dan layan bunyi ombak, jalan atas pantai sorang-sorang, healing sambil dengar ombak depan homestay tepi pantai, boleh BBQ tepi laut, mandi laut petang-petang takde orang sibuk tengok, layan sunrise lepas Subuh, gi snorkeling day trip kat Redang senang tak perlu bermalam di pulau.
Itulah percutian yang saya idamkan bila menginap di homestay, villa, bilik atau hotel tepi pantai atau dekat kat pantai di Terengganu.
Dalam minda saya, ada empat elemen yang penting bila nak bercuti ke pantai Terengganu: tempat tinggal homestay atau villa yang modern, bilik luas dan selesa, ada wifi, TV setiap villa, ada kafe, ada dapur serba lengkap, ada ruang temu, betul-betul lokasi kat tepi pantai mengadap laut (dan pemandangan seaview terus dari bilik), pantai tenang dan bersih, akses pengangkutan atau bot yang dekat dan mudah untuk ke Pulau Redang sepanjang hari (untuk aktiviti snorkelling atau diving), dan paling penting, privasi tanpa perlu rasa macam duduk kat sekolah asrama penuh.
Jenis Homestay Pantai kat Terengganu:
Sebelum buat booking, anda perlu tahu ada dua jenis penginapan homestay (rumah, bilik atau villa) tepi pantai di Terengganu:
- Homestay, chalet atau villa tepi pantai – memang betul depan atau tepi pantai, memang confirm berhadapan pantai dan ada seaview, kurang dari 50 meter ke pantai, dan kadangkala terus ke pantai tanpa perlu berjalan kaki jauh, atau kena lintas jalan besar yang sibuk dengan kenderaan lalu lalang setiap 30 saat.
- Homestay atau chalet dekat pantai – jenis ni bukan bersebelahan pantai, dan tak semestinya ada seaview pun. Realiti bagi pelancong, memang kena jalan sikit kaki lebih dari 100 hingga 500 meter ke pantai, dan memang ada beberapa rumah orang bersebelahan homestay, atau rumah lain yang blok jalan depan pantai. Maka, perlu berhati hati.
Tip nak cari homestay tepi pantai
Nak cari homestay tepi pantai di Terengganu kena berhati-hati. Nasihat kamai, jangan mudah kena tipu atau kena scam bila mencari “homestay tepi pantai di Terengganu” kerana kebanyakkanya memang bukan tepi pantai, atau depan pantai.
Kalau nak tahu rahsia, ikuti pengalaman kami untuk mencari hidden gem yang ramai tak tahu. Jangan mudah kena scam kalau bercuti di Terengganu, atau tinggal kat homestay yang indah khabar dari rupa kerana “viral” di Tik Tok atau di media sosial.
Hanya segelintir yang benar benar tahu cara dan pengalaman terbaik untuk bercuti ke Pulau Redang – banyak homestay yang besar dan ada beberapa penginapan yang ada tidur selesa yang cukup untuk muat 20 orang, dan lokasi berhampiran kafe atau kedai makan yang best (macam celup tepung), dan paling penting – cari homestay dekat jeti Merang kalau nak snorkeling ke Pulau Redang.
Bagi yang ingin mencari homestay berdekatan pantai, atau betul-betul depan pantai di Terengganu, kami senaraikan antara yang terbaik, selesa dan harga yang berpatutan.
Senarai Homestay Tepi Pantai Terengganu
| Hartanah & tempahan | Kawasan / Peta | Bilik | Komen (review) |
|---|---|---|---|
| Katsetiu Villas · Tempah terus | Pantai Chalok, berhampiran Penarik/Bari, Setiu · Peta | 4 unit (1 vila utama besar + 3 vila bersaiz studio), 6 bilik tidur, 6 bilik air, sehingga 20 tetamu. Vila utama 250 m² (6 tetamu); Vila A & B 58 m² (2 tetamu setiap satu); Vila taman belakang 67 m² (2 tetamu) | Vila Utama (Pemandangan Laut) di Airbnb: 4.99/5 daripada 93 ulasan. Pantai kira-kira 20 m dari vila, menghadap Redang. Ada kolam renang dan sarapan percuma. Harga luar musim dari RM470/malam, atau RM3,500/malam untuk keempat-empat vila. Kira-kira 10 minit memandu ke Jeti Merang |
| Teratak Sekuchi (Airbnb) | Mengabang Telipot, Kuala Nerus · Peta | 2 bilik tidur, 3 katil, 2 bilik air, 6 tetamu | 4.97/5 daripada 128 ulasan. Rumah kayu separa tradisional di kampung nelayan, tiada wifi, TV atau penghawa dingin |
| Homestay Selesa KPP Guesthouse (Hotels.com) | Kg Pantai Pandak, Kuala Terengganu · Peta | Bilik rumah tamu dengan bilik air sendiri dan dapur | 8.8/10 daripada 43 ulasan. Terletak di tepi pantai, kira-kira 14 minit memandu ke Jambatan Angkat (Drawbridge) |
| MNOOR Homestay (ViaMichelin) | Marang · Peta | 2 bilik tidur, 1 bilik air, dapur dan balkoni | 9/10 daripada 25 ulasan. Akses terus ke pantai dan pemandangan laut |
| D’luna Homestay Seaview (cozycozy) | Berhampiran Batu Buruk, Kuala Terengganu · Peta | Apartmen (saiz unit tidak dinyatakan) | 8.2/10 daripada 54 ulasan. Tepi pantai, kira-kira 2.7 km berjalan kaki ke Pantai Batu Buruk dan 9 km ke lapangan terbang |
| AizHomestay Tiny House (Airbnb) | Pantai Kelulut, Marang · Peta | Rumah kecil (tiny house) | Konsep tiny house tepi pantai. Tiada penarafan ditemui |
| Kalong Bay Homestay – Villa Dahlia (Airbnb) | Teluk Kalong, Kijal · Peta | 8 bilik, setiap satu dengan bilik air sendiri, penghawa dingin dan pemanas air | Satu bilik dinilai 4.43/5 daripada 7 ulasan. Kurang seminit dari pintu ke laut |
| Kijalena Beach BnB (Travelocity) | Lot 316, Jalan Pantai Penunjuk, Kijal · Peta | Bilik double pemandangan laut, bilik keluarga (4 orang), bilik twin pemandangan taman | Rumah tamu tepi pantai dengan kolam renang luar dan sarapan disediakan |
| Beachfront Twin Cabin (Travelocity) | Dungun (Tanjung Jara) · Peta | Kabin berkembar | Kira-kira US$115/malam, dengan kolam renang persendirian dan penghawa dingin, berhampiran Pantai Tanjung Jara |
Senarai Homestay Dekat Pantai di Terengganu
| Hartanah & tempahan | Kawasan / Peta | Bilik | Ulasan & catatan |
|---|---|---|---|
| ZR D’Datok Homestay (Airbnb) | Gong Badak · Peta | 3 bilik tidur, 5 katil, 2 bilik air, 12 tetamu | 4.89/5 daripada 9 ulasan. Ada kolam renang persendirian, berhampiran Pantai Tok Jembal dan Teluk Ketapang |
| D’Takir Homestay (Airbnb) | Bandar Kuala Terengganu · Peta | 2 bilik tidur, 1 bilik air, 5 tetamu | Superhost. Kira-kira 5 minit ke Teluk Ketapang dan 10 minit ke Batu Buruk |
| Mahasa Penarik Homestay (Expedia) | 2 Jln Penarik, Setiu · Peta | Chalet 2 bilik (6 orang) dan studio keluarga | 9.0/10 daripada 2 ulasan. Tetamu memuji tempat yang terjaga, tenang, dan tuan rumah yang cepat membalas |
| Kapas View @ Zaki’s Residence (Airbnb) | Marang · Peta | Rumah | 4.82/5 daripada 11 ulasan, Superhost |
| Hanani Homestay (Airbnb) | Kuala Besut · Peta | 2 banglo dalam satu pagar (tetamu Muslim sahaja) | Kira-kira 1 km ke pantai dan 4 km ke jeti Perhentian |
| Banglo 3 bilik, Meraga Beris (Airbnb) | Kijal · Peta | 3 bilik tidur | 4.93/5 daripada 15 ulasan |
| Kijal Kasyah Homestay (Airbnb) | Kemasik · Peta | Rumah | 4.92/5 daripada 24 ulasan, Guest Favourite |
| Program Homestay Teluk Ketapang (emily2u) | Teluk Ketapang · Peta | Bilik di rumah keluarga angkat | Antara program homestay terbesar di negeri ini. Tetamu tinggal bersama tuan rumah, dan makanan biasanya disediakan |
Perkara yang perlu diberi perhatian:
- Sesetengah listing menggunakan label “tepi pantai” tapi tak semestinya tepi pantai. Contohnya, ZR D’Datok bertanda beachfront di Airbnb, tetapi sebenarnya hanya berhampiran Pantai Tok Jembal.
- Jangan mudah tertipu atau jadi mangsa scam semasa membuat tempahan mana mana homestay di Terengganu. Sila rujuk kepada laman official sebelum buat tempahan/booking atau baca dulu review di AirBnb, dan hubungi host sebelum buat apa-apa deposit atau booking.
Pilihan Terbaik: Homestay Family Tepi Pantai Kat Terengganu
Pilihan terbaik saya buat kali ini, setelah 3 tahun menginap di hotel, chalet dan homestay murah di Terengganu ialah Katsetiu Villas, iaitu sebuah homestay villa yang betul-betul selesa bertempat bersebelahan dan menghadap (atau tepi) pantai yang hanya 10 minit dari jeti Merang di daerah Setiu.
Konsep homestay ini memang menarik dan berbeza dari homestay murah atau villa yang lain: cuba bayangkan anda menginap di tanah seluas 1 ekar (memang besar), hanya 4 villa sahaja (so memang confirm ada privacy, senyap sunyi kerana tiada kenderaan atau orang naik motor), sambil dapat menikmati suasana kampung dan pantai sepanjang 5km, kemudian keluar ke Pulau Redang untuk snorkelling day trip – naik bot pun senang sebab homestay ni berdekatan dengan jeti Merang (dalam lingkungan 10 minit dari Katsetiu Villa (Pantai Bari, berdekatan dengan Pantai Penarik yang popular di Setiu).
Pengalaman Percutian Pantai di Terengganu dan Pulau Redang
Ikuti pengalaman percutian saya, yang mungkin boleh dijadikan sumber inspirasi bagi mereka yang ingin melancong ke Terengganu buat pertama kali.
Dari KL ke airport KT: cuti bermula sebelum sampai pantai
Perjalanan saya bermula di Kuala Lumpur, dengan penerbangan ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud, kod TGG — atau “airport KT” seperti yang biasa kita sebut.
Untuk percutian singkat, saya suka susunan begini. Terbang dahulu, kemudian sambung perjalanan dengan kereta. Semak penerbangan pada tarikh pilihan melalui AirAsia atau Malaysia Airlines, kemudian aturkan pengambilan kereta lebih awal.
Kereta memang membantu kalau mahu meneroka Setiu. Kita boleh singgah makan, beli bekalan, keluar ke Penarik dan pergi ke jeti tanpa perlu menyusun pengangkutan setiap kali mahu keluar.
Dari airport, destinasi saya ialah kawasan pesisir Setiu. lokasi Katsetiu Villas adalah sekitar 40 kilometer dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud. Untuk perancangan, saya akan beri ruang kira-kira sejam perjalanan, lebih lagi kalau mahu singgah.
Tak payah kejar masa sangat. Kita datang nak rehat, kan?
Memandu ke Setiu: Pantai Bari dan Pantai Penarik masuk dalam senarai
Saya memilih perjalanan yang memberi ruang untuk melihat kawasan pesisir, dengan hentian di Pantai Bari dan Pantai Penarik. Gunakan navigasi ke lokasi tepat setiap hentian; laluan paling cepat ke vila mungkin berbeza daripada laluan bersiar-siar.
Pantai Bari berada di Setiu, satu daerah yang kini menjadi tarikan utama di Pantai Timur, khususnya pelancong domestik dan luar negara. Tarikan kawasan begini, bagi saya, ialah peluang menikmati pantai tanpa menjadikan setiap minit sebagai aktiviti. Berjalan sikit, duduk sikit, ambil gambar kalau teringin.
Kemudian, ada Pantai Penarik. Nama ini memang patut masuk dalam senarai sesiapa yang mencari tempat menarik di Setiu. Saya akan jadikan Penarik tempat singgah untuk makan dan bersiar-siar, kemudian kembali ke vila untuk berehat.
Pantai Bari dan Pantai Penarik kedua-duanya berada dalam daerah Setiu, dan inilah antara pantai yang paling santai, boleh mandi dengan selamat, dan ada kedai makan dan kafe-kafe / kedai kopi hipster yang santai. Memang dijadikan pusat untuk Instagram bagi pelancong pelancong luar sebab suasana laut yang jernih, laut yang biru dan jernih dan pasir pantai yang putih dan lembut.
Saya sebenarnya suka menikmati kedua-dua kawasan pantai dan selalunya, saya akan habiskan masa 2- 3 jam bersiar siar kat kawasan pantai Bari dan Pantai Penarik pada awal pagi, dan 2 jam pada petang sekitar pukul 5 petang hingga ke waktu Maghrib.
Kenapa Katsetiu Villas menarik sebagai homestay tepi pantai?
Kalau sebut homestay, ramai membayangkan rumah biasa yang kita sewa untuk tidur. Tapi di Terengganu, memang banyak homestay yang baru dibuka, ada yang berkonsepkan modern, ada yang tradisional dan ada macam rumah sewa kat Cheras atau Rawang. Terpulang kepada individu dan keupayaan untuk menyewa.
Katsetiu Villas membawa pendekatan rumah percutian tepi laut dengan seni bina moden berinspirasikan mid-century, dan masih ada nilai nilai tradisi (seperti pintu masuk dari depan, belakang dan sisi), ruang tamu dan ruang dapur,
Yang menarik perhatian saya ialah hubungan antara ruang vila dengan kawasan luar. Garisan bangunan ringkas dan bukaan kaca memberi pantai peranan utama dalam suasana penginapan. Laman rasmi turut menjelaskan bahawa kolamnya dikongsi oleh tetamu vila.
Untuk saya, kemewahan bercuti tidak semestinya banyak hiasan. Ruang yang selesa, pantai yang mudah dicapai dan peluang memperlahankan hari sudah cukup besar nilainya.
Namun, pilihan unit penting. Semak jenis vila Katsetiu sebelum membuat tempahan.
Ada vila utama (main villa) untuk keluarga yang memerlukan ruang lebih besar (3,500 sqft, dan boleh muat lebih 10 orang), vila sisi (berukuran 650 sqft, 1 bilik tido, ruang tamu, dapur, outdoor shower) untuk penginapan lebih kecil dan rear garden villa yang berorientasikan nature living.
Saya akan memilih berdasarkan jumlah tetamu dan sama ada pemandangan laut dari unit itu menjadi keutamaan. Kemudahan yang disenaraikan termasuk sarapan, Wi-Fi, parkir dan basikal; sahkan kelengkapan dapur atau pantry bagi unit pilihan.
Bagi keluarga, perkara praktikal begini boleh menentukan keselesaan sepanjang cuti. Bila ada ruang untuk duduk bersama, makan dan berehat, penginapan itu sendiri menjadi sebahagian daripada pengalaman bercuti.
Pagi tepi pantai: bahagian cuti yang saya mahu panjangkan
Dalam percutian seperti ini, saya mahu bangun tanpa terus memeriksa telefon. Keluar berjalan ketika udara masih nyaman, tengok perubahan cahaya dan balik untuk sarapan.
Jika cuaca mengizinkan, sunrise adalah satu aktiviti yang perlu anda nikmati sewaktu bercuti di Terengganu. Waktu terbaik untuk sunrise dalam jam 6:30am hingga 7 pagi setiap hari, dan kalau cuaca baik, anda dapat menikmati warna awan yang seakan akan gerhana dan kemerahan. Waktu petang pula sesuai untuk bersiar-siar dan menikmati cahaya yang semakin lembut.
Dengan tempat tinggal yang selesa tepi pantai, anda boleh nikmati view sunrise yang terbaik di Terengganu jika anda menetap di Katsetiu Villa.
Selepas berjalan, saya mahu sarapan perlahan-lahan. Jika nasi dagang tersedia pada hari itu, memang kena dengan suasana bercuti di Ganu. Menu boleh berubah, jadi tanyakan pilihan sarapan ketika membuat tempahan.
Ke Pulau Redang dari Katsetiu: day trip, kemudian balik berehat
Bahagian paling menarik dalam rancangan saya ialah menginap di Setiu dan ke Pulau Redang untuk snorkeling day trip (dalam 6 jam, 8am pagi hingga 3 petang).
Perjalanan ke pulau Redang yang paling mudah ialah melalui jeti Merang disebabkan banyak bot bot ke Pulau Redang beropersi di jeti tersebut. Paling senang kalau nak bercuti ke Pulau Redang, tinggal kat Katsetiu Villas dan belik pakej snorkeling ke Pulau Redang Katsetiu, dan jarak dari Katsetiu Villa ke Jeti Merang sekitar 10 – 15 minit sahaja. Jalan pun tak pernah jam, so paling lewat 15 minit jika memandu perlahan bawah 80 km sejam.
Pakej bot berkongsi disenaraikan bermula RM109 seorang dewasa dan RM90 untuk kanak-kanak bawah 12 tahun, khusus untuk tetamu Katsetiu. Jadual yang dipaparkan ialah bertolak sekitar 8.30 pagi dan kembali sekitar 3 hingga 4 petang.
Pakej tersebut menyenaraikan bot pergi balik, peralatan snorkeling, jaket keselamatan, bekalan makan tengah hari dan air mineral. Pengangkutan ke jeti serta caj pemuliharaan taman laut tidak termasuk. Harga dan jadual perlu disahkan sebelum pembayaran.
Selalu, cara terbaik ialah saya akan tempah penginapan dan snorkeling serentak. Pelancong selalunya boleh pilih hentian yang disenaraikan termasuk Turtle Point, Pasir Busung dan kawasan taman laut. Laluan sebenar bergantung pada keadaan laut, cuaca dan keputusan operator.
Untuk keluarga atau rakan yang mahu bot sendiri, ada pilihan charter persendirian. Minta sebut harga mengikut jumlah penumpang dan semak apa yang termasuk.
Bagi saya, inilah daya tarikannya: satu hari menikmati Redang, kemudian pulang ke vila yang menjadi pangkalan sepanjang cuti. Tak perlu mengemas beg untuk bertukar penginapan.
Molek, kemas dan senang.
Kat mana tempat best untuk percutian di pantai Terengganu?
Kalau anda bercuti ke Terengganu, Setiu memang sentiasa menjadi pilihan untuk setiap pelancong yang suka percutian tepi pantai kerana daerah ni mempunyai satu kelebihan berbanding Dungun, Besut atau Marang.
Yang pertama, pantai Penarik dan Bari kat Setiu memang landai, bersih dan selamat untuk mandi laut. Sepanjang pantai pesisiran kat Setiu ni, anda boleh kunjungi kafe kafe yang best macam Lemon Bari Cafe, Pizza Bara yang viral kat Terengganu, dan restoran seafood atau celup tepung ICT. Dan paling best, senang kalau nak snorkeling kat pulau Redang dan Perhentian sebab banyak penginapan homestay selesa dan modern dekat jeti Merang seperti Katsetiu Villa.
Kalau anda betul betul nak bercuti lama dengan famili, kami sarankan untuk bermalam 5 hari, sebab Terengganu ni ada beberapa kawasan pesisiran pantai (untuk aktiviti glamping, santai atau staycation masa cuti sekolah) di daerah lain, khususnya masa cuti sekolah atau jika anda bercuti lebih dari 3 atau 4 hari di Terengganu.
Kami senaraikan daerah daerah di Terengganu yang boleh dijadikan lokasi untuk percutian pantai terbaik untuk keluarga, famili kecil dan untuk mereka yang melancong ke Terengganu buat pertama kali.
| Daerah | Pantai Yang Best | Sesuai untuk |
|---|---|---|
| Setiu | Bari, Penarik, Mangkuk | Famili, keluarga kecil dan keluarga besar, atau pasangan honeymoon yang suka santai di tepi pantai, mandi laut, atau bersiar-siar di pesisir sambil berehat di homestay tepi pantai, dan juga kaki snorkeling nak tengok penyu dan ikan di Pulau Redang. Trip balik hari juga disediakan bagi mereka yang bermalam di homestay tepi laut kat Setiu. |
| Besut | Bukit Keluang, Air Tawar | Menggabungkan pantai dengan penerokaan kawasan utara Terengganu. Tak banyak pilihan homestay yang cantik, tapi ada yang juga bermalam di Besut dan kawasan homestay dekat dengan pantai. |
| Kuala Nerus | Teluk Ketapang | Hentian pesisir berhampiran kawasan airport, sesuai kepada pengemar celup tepung tepi laut atau nak shopping kat bandar Kuala Terengganu. |
| Kuala Terengganu | Batu Buruk | Menggabungkan jalan-jalan bandar dengan pilihan untuk makan, atau santai tengok pantai kat jambatan atau berdekatan dengan masjid terapung. Tak sesusai untuk mandi laut kerana pantai tak cukup landai. |
| Marang | Kelulut | Famili, kaki snorkeling, yang betul suka island hopping di Pulau Kapas, dan pulau pulau berdekatan. Sesuai dijadikan destinasi percutian 1 atau 2 malam |
| Dungun | Teluk Bidara, Rantau Abang | Kaki snorkeling, mereka yang benar benar gemar santai tepi pantai sambil menikmati ombak laut dan mandi laut. |
| Kemaman | Kemasik | Hentian pantai untuk perjalanan bahagian selatan negeri, sesusai untuk berehat seketika dalam 1 atau 2 jam. |
Tip untuk bercuti kat Terengganu, saya tak galakkan anda untuk cuba jelajah semua daerah dalam tiga hari. Adalah lebih baik cari penginapan homestay yang betul betul dekat tepi pantai kalau nak betul-betul rasa vibe holiday tepi laut. Terengganu ni memang indah, pilihan homestay pun banyak (dalam lingkungan lebih 100 homestay), tapi jangan ambil mudah, ambil homestay yang ada breakfast percuma (dan dapur besar serta kafe) kalau anda ke Terengganu.
Bercuti ni, biar ada masa untuk menikmati tempat. Kalau setiap hari asyik masuk kereta, turun ambil gambar dan naik semula, penat juga akhirnya.
Perancangan pakej percutian di Terengganu 3 hari 2 malam
Hari pertama: KL → airport KT → Setiu
Ambil kereta sewa kat airport Kuala Terengganu, singgah makan celup tepung sekitar kawasan Kuala Nerus (dalam 1 jam paling lama) dan terus pandu ke daerah Setiu. Perjalanan dari Kuala Terengganu ke Setiu mengambil masa 40 hingga 50 minit.
Check-in kat Katsetiu Villa, homestay tepi laut di Pantai Bari (bersebelahan Pantai Penarik hanya 5 minit).
Jika masih bertenaga lepas dah check-in dalam jam 2 petang, keluar sebentar ke Pantai Penarik. Kalau badan dah minta rehat, duduk sahaja di vila tengok laut, atau mandi laut terus. Atau rendam badan anda kat dalam kolam. Tak rugi pun — penginapan tepi pantai memang adalah kelebihan, walaupun bayaran satu malam boleh mencecah RM 180 seorang (RM 650 satu villa bahagi 4 orang). Berbaloi kalau nak rasa villa serba modern, selesa dan serba lengkap dengan wifi, peti ais, dapur, microwave, bilik besar dan luas, paling penting vibe macam ala kondo studio mewah di KL (~700 kaki per segi).
Hari kedua: snorkeling Pulau Redang
Bertolak awal ke Jeti Merang dalam jam 8:00 pagi, jangan lupa makan sarapan percuma kat homestay Katsetiu.
Sebelum ke Jeti Merang, pastikan anda sediakan pakaian sesuai, tuala, krim perlindungan matahari dan beg untuk barang basah, sebab memang confirm basah kuyup kalau 6 jam turun naik bot.
Selepas day trip Pulau Redang, kembali ke Katsetiu villa untuk mandi, makan dan berehat. Tip untuk mereka yang suka pergi snorkeling day trip, selepas makan malam disarankan untuk banyakkan masa untuk rehatkan badan.
Kalau ada masa, BBQ kat tepi pantai Terengganu adalah acara yang paling menarik kalau menginap kat homestay, sebab sunset dan keadaan laut yang sangat tenang. Biarlah awan dan cahaya bulan Bintang berbicara.
Hari ketiga: pagi pantai → sarapan → airport
Berjalan di pantai Bari sekitar 6:30am selepas Suboh. Jika cuaca baik mungkin dapat melihat kesan penyu bertelur di kawasan pantai sepanjang Katsetiu Villa (bulan May hingga Oktober). Kemudian makan sarapan nasi dagang kat Katsetiu Villa kafe sebelum mandi pagi.
Kalau ada masa, anda boleh hiking kat kawasan kawasan Lata Ulu Kasar, Lata Payung, Bukit Keluang dan beberapa lokasi lain seperti senarai kami (10 tempat terbaik untuk hiking di Terengganu).
Pada masa yang sama, pastikan anda ada masa yang mencukupi untuk ke lapangan terbang Kuala Terengganu dan jangan lupa untuk pulangkan kereta sewa anda di lokasi berdekatan.