Bila sebut Terengganu, sudah pasti ramai yang terbayang suasana tenang, deruan ombak, dan udara laut yang segar. Negeri ini memang terkenal dengan pantai-pantainya yang indah, pasir putih yang halus, air laut yang jernih serta pulau-pulau yang menawan. Di Terengganu juga, lagi-lagi di daerah Setiu, sudah banyak hotel, resort dan chalet yang dibangunkan berhampiran Pantai, menjadikannya antara lokasi tumpuan untuk mereka yang mencari ketenangan.
Bagi anda yang mencari sewaan percutian tepi pantai di Terengganu yang menawarkan ketenangan, keindahan laut dan pengalaman yang tidak dapat dilupakan, Katsetiu Villas adalah homestay yang wajib dipertimbangkan. Bukan sekadar ideal untuk keluarga besar dan percutian santai, tapi yang paling penting, harga untuk satu malam tersangatlah pocket-friendly untuk penginapan mewah tepi laut!
Homestay Tepi Pantai Dengan Reka Bentuk Moden & Selesa
Terletak di Pantai Chalok, Setiu, kawasan yang masih terpelihara dan jauh dari hiruk-pikuk bandar, Katsetiu Villas menawarkan konsep penginapan ala resort, sesuai untuk keluarga, pasangan mahupun solo traveler yang ingin suasana lebih private dan damai.
Dengan reka bentuk moden yang selesa, pemandangan laut yang memukau serta kemudahan kolam renang yang sesuai untuk keluarga, Katsetiu Villas menawarkan segala yang anda perlukan untuk berehat dan menikmati detik berharga bersama insan tersayang.
Terdapat 4 unit penginapan kesemuanya, termasuk dengan unit sea view! Sama ada anda datang berdua, bersama anak-anak, atau membawa rombongan keluarga besar, Katsetiu Villas mempunyai dua jenis villa yang boleh disesuaikan mengikut keperluan anda.
Unit terbesar iaitu Main Villa (sea view) boleh memuatkan sehingga 9 orang dewasa, lengkap dengan 3 bilik tidur dan 3 bilik air yang luas. Manakala Side Villas (sea view) dan Rear Villa (garden view) sesuai untuk 2–4 orang.
Keseluruhan kawasan ini boleh menampung maksimum antara 16 hingga 20 orang tetamu, menjadikannya pilihan idea untuk famili besar, atau pun sekumpulan kawan-kawan yang ingin bercuti bersama.
Honeymoon di Tepi Pantai Dengan Sentuhan Romantik
Untuk pasangan yang ingin bercuti honeymoon pula, anda boleh add on Honeymoon Deco Service untuk menjadikan percutian anda lebih istimewa dan romantik. Hiasan bilik akan disediakan dengan sentuhan khas seperti taburan kelopak bunga, tuala berbentuk swan, belon dan kad ucapan khas, sesuai untuk meraikan momen berharga bersama pasangan tersayang.
Setiap villa dilengkapi dengan aircond dan kipas, ruang tamu luas, TV, dapur kecil, serta bilik air moden dan. mempunyai ruang santai yang luas. Susun atur villa yang bersebelahan antara satu sama lain sangat sesuai jika anda ingin menyewa beberapa unit sekaligus untuk family gathering atau mini retreat. Jadi, tidak rugi untuk anda bayar harga yang ditawarkan.
Bayangkan, bangun pagi anda ditemani dengan matahari terbit sambil bertemankan bunyi ombak. Setiap sudut di Katsetiu Villas sudah semestinya insta-worthy. Ia bukan sekadar tempat menginap, tetapi tempat untuk berehat, bersantai, dan mencipta kenangan indah bersama orang tersayang.
Dengan rating 4.6 bintang di Google Review, ramai tetamu memuji kebersihan, keselesaan, suasana eksklusif dan rata-rata mereka amat berpuas hati dengan pengalaman mereka di homestay mewah mampu milik ini.
Fasiliti Lengkap Dengan Kolam Renang & Kawasan BBQ
Antara tarikan utama Katsetiu Villas adalah kolam renang yang luas dan terjaga, direka tidak terlalu dalam, sesuai untuk keluarga dengan anak kecil. Mana nak cari homestay tepi pantai yang menawarkan pengalaman seperti resort, lengkap dengan kolam renang dan pemandangan terus menghadap Laut China Selatan?
Dari segi fasiliti pun serba lengkap. Apa yang menaik lagi, homestay ini bukan sahaja ada kolam, malah turut menawarkan kemudahan yang lain buat mereka yang menginap di situ. Antaranya, Wi-Fi percuma, free breakfast, pondok rehat dan free parking, of course!
Anda juga boleh menyewa set BBQ untuk sesi santai bersama famili. Tak perlu bersusah payah untuk bawa dari rumah, cuma bawa bahan-bahan perapan sahaja. Ruangan untuk sesi barbeku yang luas dan bersih menjadikan aktiviti antara kegemaran para tetamu.
Selain itu, terdapat in-house cafe yang menawarkan hidangan authentic Terengganu dan tempatan, menjadikan pengalaman makan di sini lebih istimewa.
Layanan 5 Bintang, Suasana Seperti Di Rumah Sendiri
Apa yang membuatkan Katsetiu Villas menonjol ialah pendekatan mereka dalam layanan hospitaliti. Staff di villa sentiasa bersedia membantu memenuhi setiap keperluan anda, memberikan pengalaman yang melangkaui jangkaan biasa yang anda mungkin temui di resort lain.
Rata-rata pelanggan yang datang menginap di sini memuji tahap kebersihan Katsetiu Villas yang sangat tip-top. Serba serbi cukup senang cerita. Jadi anda boleh menikmati percutian dengan selesa bersama kawan dan famili.
Tahap penjagaan dan perhatian yang begitu peribadi inilah yang membuatkan Katsetiu Villas terasa seperti berada di rumah sendiri, namun tetap menawarkan kemewahan sebuah percutian eksklusif.
Pengalaman Menarik Bersama Penyu
Bonus point, keistimewaan Katsetiu Villas bukan sekadar pada pemandangan tepi laut yang luar biasa, tetapi juga lokasinya yang terletak berhampiran dengan Pusat Pemuliharaan Penyu Setiu yang dikendalikan oleh WWF Malaysia.
Kawasan pesisir Pantai Chalok dan Pantai Bari merupakan antara lokasi utama penyu mendarat untuk bertelur setiap tahun. Musim penyu biasanya bermula sekitar April hingga September, di mana pelawat berpeluang menyaksikan sendiri proses pelepasan anak penyu ke laut yang dijalankan oleh pihak WWF.
Kebiasaannya, penyu akan naik ke pantai untuk bertelur selepas tamat musim monsun sekitar bulan Mac. Telur yang ditanam akan melalui proses inkubasi selama lebih 2 bulan, jadi process penggalian (excavation) biasanya bermula pada bulan Mac, manakala anak penyu akan menetas sekitar bulan Mei sehingga Oktober.
Usaha konservasi ini menjadikan percutian di Katsetiu Villas bukan sekadar tempat untuk berehat, tetapi juga pengalaman mendidik disamping memberikan kesedaran tentang kepentingan penjagaan alam sekitar. Jika anda menetap di sini, jangan lepaskan peluang untuk melihat sendiri bagaimana penyu dilindungi dan dibantu untuk terus hidup di habitat semula jadi mereka, Ramai tetamu yang datang bersama anak-anak berasa pengalaman ini sangat berharga kerana ia membuka mata generasi muda tentang keindahan dan keseimbangan ekosistem laut Terengganu.
Katsetiu Villas juga menyertai Program Pantai Angkat, hasil kolaborasi bersama WWF dan Majlis Daerah Setiu dalam menjaga kebersihan pantai di Setiu. Antara aktiviti yang dijalankan adalah Program Pembersihan Pantai dan Penanaman Pokok. Program ini bertujuan untuk memupuk kesedaran dalam menjaga kebersihan pantai serta menjamin kelestarian aktiviti penyu bertelur di sepanjang pesisir pantai disamping mengekalkan daya ketahanan pantai dan mengurangkan risiko hakisan Pantai.
Jadi, Katsetiu Villas bukan sahaja cakna terhadap penyu, malah turut memainkan peranan aktif dalam pemeliharaan alam sekitar dan komuniti setempat. Setiap inisiatif yang dijalankan mencerminkan komitmen pihak Katsetiu untuk memastikan keindahan pantai Setiu terus untuk dinikmati generasi akan datang.
Pakej snorkeling di Pulau Redang
Homestay mewah ini terletak hanya 10 minit dari Jeti Merang menjadikanya lokasi yang strategik jika anda bercadang hendak ke Pulau Redang atau Pulau Lang Tengah. Ya, vila penginapan tepi pantai ini merupakan alternatif terbaik bagi anda yang mencari keselesaan dan privasi, terutamanya jika anda sudah bosan dengan chalet di Pulau Redang yang terlalu mahal tetapi menawarkan kemudahan seperti penginapan bajet rendah.
Katsetiu Villas turut menawarkan pakej snorkeling ekslusif ke Pulau Redang dengan harga RM99 seorang. Sangat-sangat berbaloi! Perjalanan dari Jeti Merang ke Pulau Redang cuma mengambil masa sekitar 45 minit hingga ke 1 jam, bergantung kepada keadaan laut.
Untuk yang first time snorkeling, atau tidak pandai berenang berenang, jangan risau! Pakej snorkeling ini lengkap dengan life jacket dan peralatan snorkeling, serta termasuk makan Tengah hari. Jadi anda tak perlu risau untuk mencari makanan tengahari, semuanya disediakan.
Banyak hot spots yang menarik, Antara lokasi popular termasuk Pasir Busing (Maldives of Malaysia), Turtle Point / Teluk Dalam, Gua Kokang, Pulau Lima, Pulau Ekor Tebu, dan Pulau Kerengga. Jika anda ke Pusat Taman Laut, caj masuk akan dikenakan di kaunter Marine Park.
Untuk pengalaman snorkeling yang tidak dapat dilupakan, anda memang kena stay di Katsetiu Villas kerana pakej ini eksklusif untuk tetamu villa sahaja!
Harga Berbaloi & Promosi Musim Luar Puncak
Untuk off season pula, anda boleh menikmati diskaun sehingga 30–40% daripada harga asal, membolehkan anda menyewa seluruh vila termasuk sarapan dengan harga serendah RM140–RM150 seorang, bergantung pada kadar hari biasa atau hujung minggu.
Katsetiu Villas sememangnya dikenali sebagai homestay mampu milik, jadi tak hairanlah jika ramai yang gemarmemilih untuk menetap di sini, sama ada untuk short getaway, family gathering atau pun honeymoon.
Walaupun kadar sewaannya berpatutan, pengalaman yang ditawarkan setanding dengan resort eksklusif di pulau-pulau utama Terengganu. Dari layanan mesra staf, kebersihan yang terjaga, hinggalah ke suasana tepi laut yang menenangkan, semuanya disediakan untuk memberikan anda percutian yang benar-benar memuaskan hati.
Tambahan pula, anda tidak perlu risau tentang kesesakan atau harga melambung tinggi seperti di chalet Pulau Redang, di sini anda boleh menikmati suasana tenang dengan privasi penuh, dan yang paling penting, masih dekat dengan semua tarikan utama dan hidden gems seperti WWF Turtle Hatchery, Setiu Wetlands, Ulu Kasar Waterfall, dan Bukit Keluang. Sebenarnya, banyak lagi aktiviti menarik boleh dilakukan di sekitar Terengganu.
Pendek kata, Katsetiu Villas bukan sekadar tempat menginap, ia adalah pengalaman percutian sebenar di tepi laut Terengganu. Dengan harga berbaloi, suasana eksklusif dan pelbagai aktiviti menarik berdekatan, inilah masa terbaik untuk rancang percutian anda sekarang.
Katsetiu Villas menawarkan semuanya, mewah, selesa dan berbaloi!